GERAK Seru Kerajaan Hidupkan Semula Jawatankuasa Mansuh AUKU

04 Mac 2024 – Saudara Rosli Mahat, mewakili GERAK, telah menghadiri sidang media yang dianjurkan oleh Persatuan Pemuda Baru Universiti Malaya (UMANY) di bangunan parlimen pada hari Isnin, 4 Mac 2024, jam 12 tengah hari. Tujuan sidang media ini adalah untuk mendesak Kementerian Pendidikan Tinggi agar mengaktifkan semula Jawatankuasa untuk Mansuhkan AUKU. GERAK menyokong tuntutan ini dan ingin mengingatkan kerajaan Madani tentang pentingnya kerja kritikal yang dilaksanakan oleh jawatankuasa tersebut untuk mereformasikan institusi pendidikan tinggi . Adalah penting untuk wujudkan sebuah akta baharu yang menyeluruh untuk pendidikan tinggi, di mana jawatankuasa ini dianggotai secara seimbang oleh pemegang taruh dari kalangan pengurusan universiti, persatuan kakitangan akademik, ahli-ahli akademik dan pelajar.

More details can be viewed in Sinar Harian.

Scroll to Top