Memorandum kepada Menteri Pendidikan Tinggi
YB Senator Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir
Kementerian Pendidikan Tinggi
No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5,
62200 Putrajaya, Malaysia
22hb Julai 2024
Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia (GERAK)
ahli Education International sejak 2009
89 Jalan Athinahapan, Taman Tun Dr Ismail
60000 Kuala Lumpur
Email: [email protected]
Dengan hormatnya, Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia (GERAK) mengemukakan Memorandum ini yang mengandungi cadangan-cadangan untuk pembaharuan pendidikan tinggi di Malaysia. Kami telah secara konsisten dan terbuka membincangkan isu-isu ini di media serta dengan pegawai-pegawai politik dan pentadbiran sepanjang tahun. Sesungguhnya, beberapa pembaharuan yang kami cadangkan di sini adalah sangat mendesak. Kami dan banyak pihak lain – baik dalam kerajaan, akademia, mahupun masyarakat sivil – yakin bahawa cadangan-cadangan yang digariskan adalah realistik dan boleh dicapai.
GERAK berpendapat bahawa untuk melaksanakan cadangan-cadangan berikut, yang diperlukan hanyalah kemahuan politik yang didukung oleh pentadbiran yang cekap. Kami berharap agar Kementerian Pendidikan Tinggi akan mempertimbangkan cadangan-cadangan kami dengan serius kerana ia selaras dengan hasrat kerajaan Madani.
Pertama, mengambil kira pelbagai kebimbangan dan kritikan yang berterusan mengenai kualiti pendidikan di Malaysia, GERAK dengan penuh hormat mencadangkan agar satu bajet khas diperuntukkan untuk menjalankan kajian menyeluruh, telus, dan bebas mengenai keadaan sektor pendidikan tinggi. Langkah ini adalah permulaan penting ke arah pembaharuan pendidikan. Dalam konteks ini, Suruhanjaya Siasatan Diraja (Royal Commission of Inquiry – RCI) adalah ideal, kerana ia akan melibatkan pemeriksaan kritikal terhadap keseluruhan spektrum pendidikan, dari prasekolah hingga ke peringkat pengajian tinggi. Walau bagaimanapun, jika RCI tidak dapat dilaksanakan, sebarang kajian menyeluruh dan bebas juga memadai sebagai alternatif.
Kedua, pentadbiran universiti perlu distruktur semula. Sudah terlalu lama universiti-universiti di Malaysia berada di bawah pengaruh Kementerian Pendidikan Tinggi. Pengurusan tertinggi di semua universiti awam kita jarang sekali berbicara secara bebas, apatah lagi secara analitik. Hubungan ini perlu diubah dari sistem subordinasi politik yang sedia wujud kepada hubungan yang lebih menghormati dan berinteraksi secara kritikal. Adalah penting untuk menghidupkan semula peranan Jawatankuasa Pencarian Nasional (National Search Committees) dan memperkasakan mereka bagi memastikan ketelusan dalam proses pelantikan jawatan seperti Naib Canselor, Timbalan Naib Canselor, Pengerusi, dan Lembaga Pengarah yang baharu.
Ketiga, pindaan dan pemansuhan undang-undang yang menyekat kebebasan akademik. Kecemerlangan pendidikan hnaya dapat dijamin apabila terdapat perlindungan asas terhadap kebebasan berfikir dan bersuara.Undang-undang seperti Akta 605 perlu dipinda untuk mengecualikan semua institusi pengajian tinggi daripada kekuasaannya seperti yang telah dilakukan untuk badan-badan berkanun lain. Hanya melalui pindaan Akta 605, kakitangan akademik dapat bebas untuk berpartisipasi dalam kehidupan akademia tanpa takut dikenakan tindakan tatatertib oleh perkhidmatan awam. Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) wajar dimansuhkan. Akta ini memberi kesan negatif terhadap kecemerlangan akademik kerana ia menghalang pemikiran analitik dan bebas yang penting untuk menghasilkan pengetahuan baharu dan kesarjanaan objektif. Kami sangat menggesa pihak kerajaan untuk menggantikannya dengan undang-undang yang mengatur fungsi autonomi universiti dengan cekap serta melindungi kebebasan pelajar dan kakitangan akademik.
Keempat, kaji semula kebergantungan universiti tempatan terhadap sistem penarafan universiti antarabangsa (Global University Rankings – GURs). Sudah tiba masanya kerajaan Madani meningkatkan kesedaran tentang sifat tidak beretika dalam sistem GURs yang merupakan satu sistem eksploitatif bersifat kapitalis dalam dunia akademik. Kita perlu meneroka kaedah penilaian alternatif yang bersifat kualitatif untuk menilai universiti kita, dan pada masa yang sama kurangkan pergantungan berlebihan kepada metrik kuantitatif dalam menilai kualiti akademik dan ilmiah. Kuncinya adalah mencari keseimbangan yang sesuai.
Kelima, tangani dengan serius isu ketidakjujuran akademik di universiti, baik dalam kalangan pelajar mahupun kakitangan akademik. Sebagai contoh, amalan paksaan pengarang bersama dalam artikel penyelidikan menyebabkan moral rendah dalam kalangan sesetengah kakitangan akademik dan ramai pelajar siswazah. Dalam bidang sains sosial dan kemanusiaan, contohnya, amalan ini melibatkan penyelia pelajar PhD meletakkan nama mereka pada artikel yang sepenuhnya ditulis oleh pelajar mereka. Ini adalah sangat tidak beretika tetapi merupakan amalan yang meluas di universiti-universiti di Malaysia. Ia merupakan satu bentuk eksploitasi terhadap pelajar.
Keenam, transformasikan budaya korporat yang telah menyusup ke dunia akademia. Hapuskan sistem catatan kehadiran. Universiti bukan kilang, dan tidak sepatutnya diuruskan seperti birokrasi perkhidmatan awam atau sebuah korporat besar. Rasional di sebalik sistem catatan kehadiran adalah untuk membolehkan majikan memantau kehadiran pekerja. Sistem ini menyediakan rekod yang tidak dapat dipertikaikan mengenai waktu pekerja memulakan dan menamatkan hari kerja. Amalan ini amat tidak sesuai dilaksanakan dalam profesion pensyarah kerana keterlibatan mereka dalam manjalankan penyelidikan memerlukan masa fleksibel. Tambahan lagi, amalan sedemikian bukan sahaja merendahkan martabat kakitangan akademik dan memberi gambaran bahawa mereka tidak boleh dipercayai.
Dalam organisasi seperti universiti, hubungan kebersamaan (collegiality) seharusnya dibentuk antara ahli-ahli akademik, serta antara pensyarah dan pelajar. Syarat mencatat kehadiran menghalang proses pembentukan kepercayaan dan niat baik, terutamanya antara kakitangan akademik dan pentadbiran universiti. Menghapuskan sistem catatan kehadiran adalah langkah pertama yang sewajarnya untuk mengiktirafkan pensyarah sebagai cendekiawan berkelas dunia yang berpotensi.
GERAK bersedia untuk membantu Kementerian Pendidikan Tinggi dan pihak berkenaan untuk mencapai pembaharuan institusi yang dicadangkan ini. Kami percaya bahawa dengan pembaharuan ini, universiti-universiti dan bidang kesarjanaan di Malaysia dapat menuntut kembali autonomi dan kebebasan mereka. Kedua-dua prinsip yang penting dalam menghasilkan kecemerlangan akademik yang diperlukan oleh negara untuk menjadi sebuah negara yang inklusif, bertamadun, pluralistik, dan maju.
MAJLIS KERJA
PERGERAKAN TENAGA AKADEMIK MALAYSIA (GERAK)
English version
Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia (GERAK) issues this Memorandum, containing proposals for higher education reform. We had previously and regularly discussed these points in public, as well as with political and administrative officials over the years. Indeed, some of the reforms that we propose here are more urgent in nature. We and many others – both in government as well as in academia and civil society – are confident that the proposals outlined are realistic, and achievable.
GERAK feels that to implement the following proposals, all that is needed is political will, enabled by an efficient bureaucracy. We hope that the Ministry of Higher Education will seriously consider our proposals as they are in line with the ideals of the current Madani government.
First, based on the many ongoing concerns and criticisms of the quality of education in Malaysia, GERAK suggests that a special budgetary allocation be made for a thorough, transparent, and independent study on the state of the higher education sector. This is the initial step towards education reform. In this regard, a royal commission of inquiry (RCI) would be ideal, because it would involve a critical look at the entire spectrum of education, from preschool up to tertiary level. However, if an RCI is not possible, any thorough and independent study would suffice as an alternative.
Second, university administration must be restructured. For too long, Malaysia’s universities have been under the yoke of the Ministry of Higher Education. The top management of all our public universities have rarely spoken independently, let alone analytically. This relationship needs to be reset, from the current overt hierarchy and political subordination to one of mutual respect and critical engagement.
Third, amend and repeal laws that stifle academic freedom. Such laws impact negatively on academic excellence because they inhibit analytical and independent thinking which are crucial for producing new knowledge, and objective scholarship. To this end, the Universities and University Colleges Act (UUCA) must be repealed. It is an authoritarian legislation that contradicts the principles enshrined in the Universal Declaration of Human Rights. We strongly urge the government to replace it with legislation that efficiently regulates the autonomous functioning of universities and protects the freedom of university students and academic staff. Educational excellence is guaranteed when there are fundamental protections of freedom of thought and expression.
Fourth, review and re-orientate the obsession with global university rankings (GURs). It is time for the Madani government to create more awareness about the unethical nature of the GURs game. Find qualitative alternatives to rank our universities, and at the same time reduce our excessive reliance on quantitative metrics that evaluate academic and scholarly quality. The key is to find a balance.
Fifth, seriously address academic dishonesty in universities, among both students and academic staff. For example, the practice of forced co-authorship of research articles causes low morale among some academic staff and many graduate students. In the social sciences and humanities for example, the practice is for supervisors of PhD students to put their names on articles for publication that were solely written by their students. This is extremely unethical but a widespread practice in Malaysian universities. It is tantamount to student exploitation.
Sixth, transform the corporate culture that has invaded the corridors of academe. Remove the clocking-in system. Universities are not factories, nor should they be run like a civil service bureaucracy, or a huge corporation or company. The rationale behind a clocking-in system is that it allows the employer to monitor the attendance of employees. The system provides an indisputable record of when the employee started and ended the workday. This practice is practically unheard-of in the hundreds of leading universities in the world. It is also demeaning and implies that academic staff cannot be trusted.
In an organisation such as a university, close relations or a camaraderie are supposed to be formed among “employer” and “employee”, and between lecturers and students. The requirement of clocking-in obstructs the process of creating trust and goodwill, particularly between the academic staff and the university administration. Removing the clocking-in system is the first step in according lecturers the status that is due to them as potential world class scholars. The practice should cease immediately.
GERAK stands ready to assist the Ministry of Higher Education and other parties to achieve these fundamental institutional reforms. We believe that with the adoption of these measures, Malaysian universities and academia can finally reclaim their autonomy and freedom. Both are crucial in producing the academic excellence the country needs to become an inclusive, civilised, pluralistic, and productive nation.
GERAK Exco