23 Julai 2024 – Delegasi GERAK telah menyerahkan memo keprihatinan GERAK terhadap hiruk pikuk pendidikan tinggi Malaysia dulu dan sekarang kepada Menteri Pendidikan Tinggi di Parlimen tengahari tadi. Ianya disusuli dengan pembentangan ringkas wakil-wakil GERAK dan perbincangan dengan pihak menteri dan tim beliau. Seperti biasa GERAK agak kritikal akan perkembangan semasa dan pada masa yang sama menyarankan pendekatan yang konstruktif. Menteri menyambut baik pandangan GERAK dan beliau bersifat terbuka.
Liputan media: Free Malaysia Today (BM), &(BI), Malaysiakini.