GERAK Webinar: Academics’ & students’ struggles under the dark cloud of UUCA/AUKU

[ENGLISH VERSION BELOW] Selama kira-kira dua tahun dari tahun 2018 hingga 2020 satu kajian telah dibuat bagi menyemak semula Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) yang dianggap sebagai satu undang-undang yang drakonian. Tujuan kajian adalah untuk menggantikanya dengan satu undang-undang baru yang lebih progresif. Malangnya perkembangan ini telah terbantut ekoran Sheraton Move pada awal tahun 2020. Setakat ini tiada terdapat apa-apa perkembangan dalam usaha menggantikan AUKU yang sedia ada.

Dalam sesi webinar ini kita akan menjemput penceramah-penceramah yang pernah menjadi mangsa undang-undang yang menindas tersebut untuk berkongsi pengalaman mereka. Adalah diharapkan hasil perbincangan tersebut akan dapat mencabar kita untuk berfikir secara mendalam akan implikasi undang-undang tersebut terhadap isu kebebasan dan otonomi pengajian tinggi di samping menentukan halatuju pengajian tinggi negara.

Academics’ & students’ struggles under the dark cloud of UUCA/AUKU

For about two years, from 2018 till 2020, the draconian 1971 Universities and University Colleges Act (UUCA) was being reviewed with the view of abolishing it, to be replaced with a new, more progressive, legislation. The 2020 Sheraton Move, unfortunately, put the brakes on any further development and nothing has been done since to replace the UUCA/AUKU.

In this webinar, speakers who have experienced first-hand the abuse of the UUCA talk about their unpleasant experiences. The discussion will challenge us to think seriously about the implications for the freedom and autonomy of higher education, and the way forward.

Scroll to Top