‘It is not funny when people who are not criminals are forced to go to police stations and then forced to spend their hard-earned money on hiring expensive lawyers to defend their supposed crimes.’
(Jo Kukathas)
GERAK condemns in no uncertain terms the actions of the authorities in summoning 3 university students and a university academic for speaking up at a press conference over a UM professor accused of sharing nude photographs of himself with female students, The professor has since been suspended by UM, a virtual rap on his knuckles for what is essentially a very serious offence.
GERAK wishes to stress that academics are duty-bound to educate and liberate the minds of their students. Exploiting and sexually-harassing their charges in the way the suspended professor has done is unacceptable. Letting such an offender get away lightly, as the UM authorities evidently have done is not only regrettable; it is a contemptible act.
GERAK believes that this next move to intimidate innocent but concerned members of the academic community is uncalled for. Why are the authorities these days increasingly and deliberately barking up the wrong tree, intimidating and punishing good Malaysians, often victims, and letting the real offenders off the hook so easily?
The academic being summoned, reportedly Aznijar Yazid, a highly-principled academic who is active in UM’s academic staff association, where he is currently Deputy President, is also on GERAK’s executive committee.
GERAK has always fought for academic freedom, justice, and ethical behaviour by all individuals inside and outside our universities. We support Aznijar’s actions – delivering a statement in a peaceful manner – as something appropriate, reflecting the concerns of many of us at a time when we are deliberately being pressured by irresponsible, self-serving `leaders’ to treat `wrong as `right’. As Aznijar has shown, we will not bow to these pressures.
GERAK Exco 2025
Kenyataan GERAK Mengecam Tindakan Terkini Pihak Berkuasa terhadap Empat Individu dalam Kes Profesor Pesalah Seksual UM
“Ia bukan sesuatu yang lucu apabila individu yang bukan penjenayah dipaksa pergi ke balai polis dan kemudian terpaksa mengeluarkan wang hasil titik peluh mereka untuk mengupah peguam mahal demi mempertahankan diri daripada jenayah yang kononnya dilakukan.”
— Jo Kukathas
GERAK mengecam sekeras-kerasnya tindakan pihak berkuasa yang telah mengarah tiga mahasiswa universiti dan seorang ahli akademik hadir ke balai polis untuk siasatan kerana bersuara dalam satu sidang media mengenai seorang profesor UM yang dituduh berkongsi gambar bogelnya dengan pelajar wanita. Profesor tersebut kini telah digantung oleh UM, iaitu suatu tindakan yang hanya sekadar menegur secara ringan, sedangkan kesalahan yang dilakukan adalah amat serius.
GERAK ingin menegaskan bahawa ahli akademik mempunyai tanggungjawab mendidik dan membebaskan minda para pelajar mereka. Mengeksploitasi serta melakukan gangguan seksual terhadap pelajar, seperti yang dilakukan oleh profesor yang telah digantung ini, adalah sesuatu yang tidak boleh diterima. Membiarkan pelaku sedemikian terlepas dengan hukuman yang begitu ringan, seperti yang jelas dilakukan oleh pihak berkuasa UM, bukan sahaja mengecewakan, tetapi juga suatu tindakan yang tidak beretika.
Perkembangan terkini ialah seorang ahli akademik dari Universiti Malaya yang bernama Aznijar Ahmad Yazid telah diarah hadir untuk siasatan di IPD Brickfields, Jalan Travers pada 25 Januari 2025, jam 9:30 pagi.
Sahabat Aznijar ialah timbalan presiden PKAUM dan ahli majlis kerja GERAK. Aznijar Yazid seorang akademik yang berprinsip tinggi dan aktif dalam persatuan staf akademik UM, di mana beliau kini berkhidmat sebagai Timbalan Presiden. Beliau juga merupakan ahli jawatankuasa eksekutif GERAK.
GERAK percaya bahawa langkah terkini pihak berkuasa untuk menakut-nakutkan ahli akademik yang tidak bersalah tetapi prihatin terhadap isu ini adalah amat tidak wajar. Mengapa pihak berkuasa pada hari ini semakin kerap dan sengaja menumpukan perhatian kepada perkara yang salah, menakut-nakutkan serta menghukum rakyat Malaysia yang baik dan prihatin terhadap ketidakadilan sementara pelaku sebenar dibiarkan begitu sahaja?
GERAK menyokong tindakan Aznijar dalam menyuarakan kenyataan secara aman, yang merupakan langkah tepat dan wajar. Ini mencerminkan kebimbangan ramai di saat kita terus-menerus ditekan oleh pemimpin yang tidak bertanggungjawab dan hanya mementingkan kepentingan sendiri, sehingga cuba membenarkan perkara yang jelas salah. Seperti yang ditunjukkan oleh Aznijar, kita tidak akan tunduk kepada tekanan ini. GERAK sentiasa memperjuangkan kebebasan akademik, keadilan, dan tingkah laku beretika dalam kalangan semua individu di dalam dan di luar universiti.
Jawatankuasa Eksekutif GERAK 2025
This statement has also been published in Malaysiakini, Free Malaysia Today.